Kerjaya penyelidikan T. E. Lawrence

Beliau mendalami bidang sejarah di Kolej Jesus, Oxford dari 1907 hingga 1910.[16] Beliau menulis tesisnya mengenai seni bina istana-istana pasca-Perang Salib sebahagiannya berdasarkan jelajah dan penerokaan dilakukannya sendiri berbasikal 2,200 batu sepanjang tanah Perancis pada musim panas 1908[17][18] dan jelajah tiga bulan di tanah Syam sebanyak 1,000 bt (1,600 km)[19] lalu menghubungkan maklumat relevan dari dua-dua penemuannya;[20][15] tesis ini berjaya mendapatkannya ijazah kelas pertama (First Class Honours).[21]

Pada tahun 1910, Lawrence ditawarkan peluang bekerja sebagai ahli arkeologi dalam suatu ekspedisi di kota purba Karkamış utara Syam diketuai David G. Hogarth bagi pihak Muzium British.[22] Beliau belayar ke Beirut pada Disember tahun sama, beliau turut ke Jibail untuk mempelajari bahasa Arab.[23] Beliau melakukan kerjaya arkeologinya di bawah pengawasan Hogarth, R. Campbell Thompson dan Leonard Woolley sehingga 1914;[24] pelatihan yang diberikan Hogarth amat mempengaruhi hala tuju sepanjang hayatnya.[25]

Rujukan

WikiPedia: T. E. Lawrence http://www.britannica.com/topic/T-E-Lawrence-on-gu... http://www.castlehillpress.com/ http://www.neurosurgery-online.com/pt/re/neurosurg... http://www3.lib.uchicago.edu/cgi-bin/eos/eos_title... http://norman.hrc.utexas.edu/fasearch/ //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/11844248 http://www.protestantcemetery.it/press/webnewslett... http://telawrence.net/telawrencenet/letters/1927/2... //archive.org/search.php?query=((subject:%22Lawren... //doi.org/10.1097%2F00006123-200201000-00026